KEMPEN WAKAF BUKU - JIWA KEMBARA JELAJAH MALAYSIA 2022
SERONOK KAN KALAU DAPAT SALURKAN PAHALA WAKAF KEPADA KELUARGA TERCINTA YANG DAH MENINGGAL DUNIA?
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
>> Adakah anda nak berwakaf & salurkan pahala kepada keluarga tercinta yang telah meninggal dunia tapi tak tahu nak salurkan ke mana?
>> Adakah anda juga nak sebarkan manfaat kepada pelajar & masyarakat tapi tiada masa untuk keluar rumah?
KAMI ADA SEDIAKAN SOLUSINYA..
Team Jiwa Kembara membuka platform untuk tuan/puan
bersedekah melalui wakaf buku Ustazah Basikal yang akan
disumbangkan ke sekolah-sekolah dan madrasah.
Sumbangan akan diserahkan oleh saya sendiri (Ahmad Isa)
dan Ustazah Adilah (Ustazah Basikal) semasa jelajah berbasikal dijalankan.
Insyallah pahala anda yang berwakaf akan berterusan selagi
mana ada insan yang manfaatkan buku wakaf anda.
Inilah masanya untuk kita menabung amalan sebanyak mungkin
sebagai saham akhirat nanti.
KENAPA WAKAF BUKU INI ?
1. Menjadi motivasi kepada para pelajar dan golongan muda yang bakal menjadi pemimpin
2. Bacaan mudah difahami serta penuh hikmah dan pengajaran
3. novel + travelog yang membangun jiwa no.1 di Malaysia
4. Sesuai dibaca pelbagai lapisan umur
5. Peroleh ganjaran pahala tidak putus selagi dibaca dan menjadi asbab kebaikan masyarakat bagi pewakaf
BUKU WAKAF USTAZAH BASIKAL YANG TELAH SAMPAI KEPADA MEREKA
150 PUSAT PENDIDIKAN
BERNILAI RM 53,400