BUKU KEMBARA BERBASIKAL KE MEKAH (TERBITAN ALAF-21)
Novel Travelog - Ustazah Basikal :
Diantara MAGIC yang Allah tunjuk adalah, Ahmad & Ustazah Adilah adalah manusia biasa, bukan atlet, tapi dengan kuasa Allah, mereka mampu berkayuh basikal dari Malaysia ke Mekah dengan hanya berbekalkan duit permulaan RM1,900 sahaja.
NILAI PENGEMBARAAN MERENTASI 14 BUAH NEGARA SELAMA 15 BULAN :
LEBIH RM70,000 (+ RISIKO)
HARGA UNTUK ANDA ALAMI PENGALAMAN YANG SAMA :
KURANG DARI RM200..
(TANPA RISIKO)
5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BELI BUKU NI
1. 1st Novelog (Novel+Travelog) di Malaysia.
2. Anda akan mula percaya, tiada perkara yang mustahil.
3. Anda bakal menyelami kisah kesulitan dan cabaran di setiap negara yang anda tak pernah tahu.
4. Terasa Allah sangat dekat dengan anda, selepas anda baca buku ini.
5. Sebab Ustazah naik basikal sampai Mekah pakai baju kurung.
Anda sebagai anak Malaysia pasti bangga! hihi
USTAZAH BASIKAL : KEMBARA MUSTAHIL KE MEKAH (JILID 1)
Ahmad, seorang graduan Arkitek nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.
Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai pra-syarat sebelum keluar mengembara.
Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi berbasikal ke luar negara.
1 tahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Negara Malaysia.
Pelbagai ragam suka duka mereka lalui di sepanjang Negara Malaysia, Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal yang berlaku.
Sepanjang kembara di Malaysia, mereka dapat duit sebanyak RM23,000 tanpa perlu bekerja.
Di Thailand pula, mereka mula belajar untuk bercakap seperti ayam dan itik untuk teruskan hidup.
Di Myanmar, mereka terpaksa tidur di semak akibat undang-undang yang tidak menyebelahi mereka.
Dan macam-macam lagi kisah menarik di dalam buku ini.
Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi & motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.
"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa
USTAZAH BASIKAL & DUA 'MALAIKAT' PENJAGA GUNUNG (JILID 2)
Ahmad & Adilah menyambung kayuhan ke 3 buah negara lagi iaitu India, Nepal & Pakistan setelah mengembara ke 3 negara sebelum ini iaitu Malaysia, Thailand dan Myanmar.
Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya akibat dari keramahan warga India yang sentiasa ingin tahu dan mengakibatkan Ahmad seorang yang introvert menjadi rimas.
Berbeza pula dengan Adilah yang extrovert & sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi bersama warga tempatan dengan cemerlang!
Ahmad sangat teruja bila masuk negara Nepal disebabkan beliau adalah seorang 'hikers' dan panjat kaki Gunung Everest adalah impian beliau sejak dari zaman Universiti lagi.
Namun nasih tidak menyebelahi mereka, semasa mereka memasuki Nepal ketika itu musim hujan dan sangat merbahaya untuk mereka menjejaki Gunung Everest.
Mereka kembali ke Negara India sebelum masuk ke Negara seterusnya iaitu Pakistan.
Di Pakistan pula, mereka sangat gembira dan bersyukur sebab boleh makan apa sahaja tanpa risau akan makanan halal atau tidak.
Namun malang tidak berbau, mereka ditahan oleh tentera Pakistan selama 3 hari, dan Adilah pula dimasukkan ke hospital selama 3 hari.
Banyak kejadian yang tak masuk akal berlaku di Pakistan, namun perancangan Allah swt yang paling terbaik dan tiada siapa pun mampu ubah.
Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi & motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.
"Keluarlah kembara, nescaya kita akan lebih bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia!" - Ahmad Isa
USTAZAH BASIKAL & TEKANAN NEGARA BERSALJI (JILID 3)
Perancangan untuk memasuki negara bersalji memberikan keterujaan yang tinggi kepada Ustazah dan kumpulannya, namun apa yang dirancang tidak seperti yang dijangka.
Ini kali pertama Ustazah keluar negara. Kali pertama berbasikal di luar negara & kali pertama berbasikal merentasi negara bersalji!
Di China, tekanan pertama apabila mereka merentasi sempadan tertinggi di dunia, Khunjerab Pass dan melalui proses kastam selama 14 jam dalam kesejukan & kelaparan!
Di Kyrgyzstan, mereka ingin merentasi gunung bersalji dengan basikal namun tidak dibenarkan oleh penduduk tempatan. Kumungkinan untuk mati sangat tinggi!
Di Kazakhstan, Ustazah & suami terpaksa tidur di kawasan salji, rumah terbiar dan rumah orang tempatan. Syukur ramai manusia baik yang datang hulurkan bantuan tepat disaat mereka memerlukan bantuan.
Disaat Ustazah & kumpulan teruja pertama kali melalui negara bersalji, tanpa mereka sedar, tekanan demi tekanan yang belum pernah mereka hadapi perlu dilalui dengan sabar & cekal.
Banyak kejadian yang mencabar dan tekanan yang hebat diceritakan dalam buku ini, namun semuanya ada hikmahnya tersendiri.
"Selamat mengembara!" - Ahmad Isa
CIRI-CIRI BUKU :
1. Saiz A5
2. Full Color
3. Soft Cover
4. Tulisan besar, saiz 13 Calibri
5. Gambar Cantik & Berkualiti
TESTIMONI PEMBACA
HARGA :
USTAZAH BASIKAL - JILID 1 : RM35
USTAZAH BASIKAL - JILID 2 : RM35
USTAZAH BASIKAL - JILID 3 : RM35